Wednesday, September 30, 2009

Turas Asli: basuhan terbalik

Matlamat utama kerja ini adalah untuk memberikan pilihan yang munasabah kepada pengguna untuk mendapat bekalan air yang lebih bersih. Kebanyakan penapis air di pasaran dibina dengan menggunakan bahan terbaik yang semestinya menyumbang kepada harga yang amat tinggi. Namun adakah perlu kita membeli penapis yang dibina dengan besi tahan karat berkualiti tinggi sedangkan kebanyakan paip dalaman masih terdiri dari besi galvanized biasa? Turasasli dibina dengan bahan yang biasa digunakan dalam sistem paip di rumah tetapi menawarkan kemampuan menapis yang dapat dilihat dengan jelas keberkesanannya. Jika anda berminat untuk membina penapis ini sendiri, sila dapatkan keterangan lanjut di Bina Penapis ini sendiri.

Sila teliti gambar basuhan terbalik dari Turasasli di bawah selepas hanya seminggu Turasasli menapis air pada kadar penggunaan biasa di rumah (sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas).



Rakaman Proses Basuhan Terbalik

Sila tonton rakaman video semasa proses basuhan terbalik dilakukan selepas hanya satu (1) minggu Turas Asli mengumpulkan kotoran atau mendapan dari air pada kadar penggunaan biasa di rumah.




Rekaan terbaru Turasasli.



Stok tersedia (email untuk situasi terkini).



Sila email turasasli@gmail.com untuk pilihan model dan tempahan.

Sebahagian dari gambar-gambar di lokasi pemasangan (model lama dan baru).

Saturday, July 25, 2009

Nyata berbeza. Bahan penapis di sebelah kiri dikeluarkan dari badan penapis yang disambung bersiri dengan Turas Asli setelah 3 bulan digunakan. Bahan penapis di sebelah kanan dikeluarkan dari badan penapis tanpa Turas Asli selepas hanya sebulan digunakan. Tidak ada kerosakan berlaku kepada penapis kiri namun penapis kanan terdapat tanda lekukan yang disebabkan tekanan dari pengaliran air yang terhalang. Mendapan kotoran dapat dilihat dengan jelas.

Monday, February 2, 2009

Air - TURASASLI

Please visit http://setempat.blogspot.com/2009/01/air-dan-kehidupan.html for details of this interesting work!